KELAS 3 ANGSANA, 3 DAHLIA DAN 3 LILI
Tugasan PT3 Tahun 2016
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal / sekolah anda.
Kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:
1. Konsep dan takrifan sistem pengangkutan
2. Bina jadual dan graf / carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian.
(Jadual dan graf / carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan 3 dan tugasan 4)
3. Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian
4. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian.
Anda boleh mula melaksanakan tugasan dengan menyediakan aspek berikut:
A. Perancangan Awal (10 markah)
- Tajuk
- Jadual kerja
- Objektif kajian
- Kaedah kajian
B. Proses awal (20 markah)
i. Menyediakan borang soal selidik untuk memperoleh maklumat tentang perkara berikut:
(temu bual 20 orang responden di kawasan kajian)
- Data tentang masalah pengangkutan di kawasan kajian
- Data tentang cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian
- Masalah pengangkutan di kawasan kajian (dapatkan fakta, huraian dan contoh)
- Cadangan penambahbaikan terhadap pengangkutan (pastikan cadangan itu boleh dilaksanakan)
ii. Membuat rujukan (buku teks geografi, kamus, internet) untuk mendapat informasi tentang konsep dan takrifan sistem pengangkutan.
No comments:
Post a Comment