UJIAN PELBAGAI INSTRUMEN
GEOGRAFI PT3
A. TARIKH
(Takwim Peperiksaan 2016, Lembaga Peperiksaan Malaysia
B. FORMAT PT3 GEOGRAFI
Bagi subjek Geografi, kaedah Pelbagai Instrumen digunakan. Pelbagai instrumen yang
dimaksudkan adalah tugasan boleh diadakan dalam bentuk:
1. Tugasan bertulis
- memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang
ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan dan gubahan dalam bentuk tulisan
2. Ujian amali
- memerlukan murid melakukan sesuatu proses kerja dan / atau menghasilkan sesuatu produk
3. Projek
- memerlukan murid menghasilkan sesuatu produk dan membuat pelaporan tentang produk /
artifak yang dihasilkan
4.
Kajian Lapangan (PT3 TAHUN 2015)
- memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan
data dan maklumat serta membuat laporan
5.
Kajian Kes (PT3 TAHUN 2014)
- memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh dan
membuat laporan
6. Demonstrasi
- memerlukan murid menunjukkan cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi
kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan
7. Persembahan
- memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang
mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan
C. CONTOH TUGASAN
TUGASAN (KAJIAN KES)
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang satu fenomena cuaca
dan iklim (banjir kilat /
banjir / jerebu / kesan rumah hijau / pulau haba / hujan
asid) yang berlaku di sekitar tempat tinggal calon atau di kawasan sekolah.
Kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:
1 Konsep dan takrifan fenomena cuaca dan iklim yang dikaji.
2 Faktor atau punca kejadian fenomena cuaca dan iklim tersebut.
3 Kesan fenonema cuaca dan iklim tersebut kepada manusia dan alam
sekitar di kawasan
kajian.
4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kejadian fenomena
tersebut.
D. TUGASAN PT3 TAHUN 2014
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu
pencemaran alam sekitar (air,
udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar
tempat tinggal / kawasan sekolah calon.
Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:
1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji.
2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut.
3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam
sekitar di kawasan kajian.
4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam
sekitar tersebut.
Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.
E. TUGASAN PT3 TAHUN 2015
Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai
kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal / sekolan calon.
Kajian lapangan tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:
1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi
2. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai
tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut
3. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut
4. Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya.