Wednesday, July 13, 2016

SELAMAT DATANG

KELAS 3 ANGSANA, 3 DAHLIA DAN 3 LILI

Tugasan PT3 Tahun 2016

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal / sekolah anda.

Kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:

1. Konsep dan takrifan sistem pengangkutan

2. Bina jadual dan graf / carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian.
(Jadual dan graf / carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan 3 dan tugasan 4)

3. Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian

4. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian.

Anda boleh mula melaksanakan tugasan dengan menyediakan aspek berikut:

A. Perancangan Awal (10 markah)


  • Tajuk 
  • Jadual kerja
  • Objektif kajian
  • Kaedah kajian

B. Proses awal (20 markah)

i. Menyediakan borang soal selidik untuk memperoleh maklumat tentang perkara berikut:
(temu bual 20 orang responden di kawasan kajian)
  • Data tentang masalah pengangkutan di kawasan kajian
  • Data tentang cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian
  • Masalah pengangkutan di kawasan kajian (dapatkan fakta, huraian dan contoh)
  • Cadangan penambahbaikan terhadap pengangkutan (pastikan cadangan itu boleh dilaksanakan)
ii. Membuat rujukan (buku teks geografi, kamus, internet) untuk mendapat informasi tentang konsep dan takrifan sistem pengangkutan.


Friday, April 29, 2016


PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

TUGASAN GEOGRAFI PELBAGAI INSTRUMEN


TUGASAN TAHUN 2015

Anda dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal / sekolah anda.

a. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.

b. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut.

c. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.

d. Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya.


ANALISIS TUGASAN

1. Instrumen Tugasan:

- KAJIAN LAPANGAN (field study)


2. Tema Tugasan:

- KEGIATAN EKONOMI (Bab 11-16 Tingkatan 3)


3. Aspek Fokus:

- Definisi kegiatan ekonomi

- Jenis pekerjaan dan pendapatan penduduk di kawasan kajian anda

- Usaha-usaha untuk menambah pendapatan oleh penduduk di kawasan kajian

- Kegiatan ekonomi yang berpotensi dilaksanakan di kawasan kajian (belum ada tetapi boleh dijalankan). Beri alasannya.


Selepas membuat analisis tugasan, anda bolehlah mula menentukan KAWASAN KAJIAN 
(berhampiran tempat tinggal atau kawasan sekolah yang tidak melebihi 5 kilometer persegi), OBJEKTIF KAJIAN (informasi yang perlu dicari) dan KAEDAH KAJIAN (cara untuk memperoleh informasi)


MENULIS OBJEKTIF KAJIAN

Rujuk semula soalan tugasan untuk menulis objektif kajian anda. Pastikan objektif kajian yang anda tulis itu menyentuk aspek-aspek yang berikut:

- kawasan kajian disebut dalam objektif kajian

- mula dengan kata kerja yang sesuai dengan kehendak soalan tugasan


Contoh:

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian lapangan yang dijalankan adalah bertujuan untuk:

1) menyatakan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi

(contoh kata kerja lain: mengenalpasti, menentukan)

2) mempersembahkan latar belakang kegiatan ekonomi tentang pekerjaan penduduk di kawasan ...(sebutkan kawasan kajian pilihan anda) dalam bentuk grafik yang sesuai

(contoh kata kerja lain: menunjukkan, mempamerkan)

3) menjelaskan cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan ... (nama kawasan kajian anda)

(contoh kata kerja: menghuraikan, menerangkan)

4) mengenalpasti kegiatan-kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan ... (sebut nama kawasan kajian) dan menghuraikan alasannya

(contoh kata kerja lain: menghuraikan)


MENENTUKAN KAEDAH KAJIAN

Rujuk soalan tugasan untuk menentukan kaedah kajian anda. Pastikan kaedah kajian yang dipilih itu dapat membantu anda memperoleh informasi yang sesuai dengan soalan tugasan.

Biasanya tugasan yang melibatkan kerja lapangan sesuai digunakan KAEDAH SOAL SELIDIK dan KAEDAH PEMERHATIAN.

Untuk pemperoleh informasi berkaitan konsep dan takrifan pula sesuai digunakan KAEDAH RUJUKAN yang melibatkan penggunaan bahan rujukan berikut:

- Buku Teks Geografi

- Kamus

- Media massa (akhbar, majalah dan lain-lain)

- Laman Internet













Sunday, April 24, 2016

Jadual Waktu

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

2016

19 Jun - 1 Julai 2016           Sejarah (Pelbagai Instrumen)

17 Julai - 29 Julai 2016        Geografi (Pelbagai Instrumen)

1 - 30 Ogos 2016                Ujian Lisan

                                            UJIAN BERTULIS

10 Oktober 2016                 BM / Matematik 

11 Oktober 2016                 English Language / Science

12 Oktober 2016                 Kemahiran Hidup / Pendidikan Agama Islam

13 Oktober 2016                 Bahasa Cina 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk: Lembaga Peperiksaan Malaysia (http://www.lp.moe.gov.my)


Saturday, April 2, 2016




Piuter (pewter)

Pewter is a malleable metal alloy, traditionally 85–99% tin (BIJIH TIMAH), with the remainder consisting of copper, antimony, bismuth and sometimes, less commonly today, lead. Silver is also sometimes used. Copper and antimony act as hardeners while lead is common in the lower grades of pewter, which have a bluish tint. It has a low melting point, around 170–230 °C (338–446 °F), depending on the exact mixture of metals.[1] The word pewter is probably a variation of the word spelter, a term for zinc alloys (originally a colloquial name for zinc)

- https://en.wikipedia.org/wiki/Pewter









Oil & Gas - Offshore Terengganu


Pelantar Persisiran Pantai

Pelantar Persisiran Pantai
Kegunaan Pecahan Petroleum

Tuesday, March 8, 2016

CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN

1. Abd. Rahim Md. Nor, 2004. Geografi Tingkatan 3. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

2. Berita Harian, 18 Mac 2016, halaman 8.

3. Encik Ho Ka Lok, 48 tahun, No. 69, Jalan 21/37, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

4. http://eps.mbpj.gov.my/BeritaPJ2013/BeritaPJMei2013.pdf

5. http://prpm.dbp.gov.my/

6. http://www.businessdictionary.com/definition/economic-activity.html

7. http://permaculturenews.org/2014/07/25/vertical-farming-singapores-solution-feed-local-urban-population/

8. http://bicyclecoffeeco.com/

9. https://coffee-bike.com/en/

10.
BORANG SOAL SELIDIK DAN TEMU BUAL

Calon PT3 dikehendaki menyediakan sendiri borang soal selidik dan temu bual. Anda boleh merujuk contoh berikut untuk menyediakan borang soal selidik dan temu bual itu.

Soalan-soalan yang ditanya hendaklah merujuk kepada tajuk kajian dan objektif kajian anda.

SAMPEL BORANG SOAL SELIDIK DAN TEMU BUAL

NAMA RESPONDEN: _______________________________________
UMUR: ___________________________________________________
ALAMAT: _________________________________________________
__________________________________________________________


SMK ________________________________
PT3 GEOGRAFI 201__

Borang Soal Selidik dan Temu Bual

1. Nyatakan pekerjaan anda _______________________________________________

Jenis kegiatan ekonomi (klasifikasi)
a. Perubatan
b. Pengangkutan
c. Perniagaan
d. Pendidikan
e. Pembinaan
f. Pelancongan
g. Kewangan
h. Perindustrian
i. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
j. Lain-lain (nyatakan) __________________________

2. Apakah cadangan / usaha anda untuk menambah pendapatan?
(Peluang sedia ada yang diceburi. Nyatakan contoh)

a) ______________________________________________

b) ______________________________________________

3. Nyatakan peluang kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan di kawasan kajian.
(Peluang yang belum diusahakan tetapi berpotensi dimajukan di kawasan kajian)

a) ______________________________________________

b) ______________________________________________

c) ______________________________________________

4. Mengapa anda memberi cadangan itu?
(Nyatakan alasan bagi soalan no. 3)

a) ______________________________________________

b) ______________________________________________

c) ______________________________________________