Friday, April 29, 2016
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
TUGASAN GEOGRAFI PELBAGAI INSTRUMEN
TUGASAN TAHUN 2015
Anda dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal / sekolah anda.
a. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
b. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut.
c. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.
d. Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya.
ANALISIS TUGASAN
1. Instrumen Tugasan:
- KAJIAN LAPANGAN (field study)
2. Tema Tugasan:
- KEGIATAN EKONOMI (Bab 11-16 Tingkatan 3)
3. Aspek Fokus:
- Definisi kegiatan ekonomi
- Jenis pekerjaan dan pendapatan penduduk di kawasan kajian anda
- Usaha-usaha untuk menambah pendapatan oleh penduduk di kawasan kajian
- Kegiatan ekonomi yang berpotensi dilaksanakan di kawasan kajian (belum ada tetapi boleh dijalankan). Beri alasannya.
Selepas membuat analisis tugasan, anda bolehlah mula menentukan KAWASAN KAJIAN
(berhampiran tempat tinggal atau kawasan sekolah yang tidak melebihi 5 kilometer persegi), OBJEKTIF KAJIAN (informasi yang perlu dicari) dan KAEDAH KAJIAN (cara untuk memperoleh informasi)
MENULIS OBJEKTIF KAJIAN
Rujuk semula soalan tugasan untuk menulis objektif kajian anda. Pastikan objektif kajian yang anda tulis itu menyentuk aspek-aspek yang berikut:
- kawasan kajian disebut dalam objektif kajian
- mula dengan kata kerja yang sesuai dengan kehendak soalan tugasan
Contoh:
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian lapangan yang dijalankan adalah bertujuan untuk:
1) menyatakan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi
(contoh kata kerja lain: mengenalpasti, menentukan)
2) mempersembahkan latar belakang kegiatan ekonomi tentang pekerjaan penduduk di kawasan ...(sebutkan kawasan kajian pilihan anda) dalam bentuk grafik yang sesuai
(contoh kata kerja lain: menunjukkan, mempamerkan)
3) menjelaskan cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan ... (nama kawasan kajian anda)
(contoh kata kerja: menghuraikan, menerangkan)
4) mengenalpasti kegiatan-kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan ... (sebut nama kawasan kajian) dan menghuraikan alasannya
(contoh kata kerja lain: menghuraikan)
MENENTUKAN KAEDAH KAJIAN
Rujuk soalan tugasan untuk menentukan kaedah kajian anda. Pastikan kaedah kajian yang dipilih itu dapat membantu anda memperoleh informasi yang sesuai dengan soalan tugasan.
Biasanya tugasan yang melibatkan kerja lapangan sesuai digunakan KAEDAH SOAL SELIDIK dan KAEDAH PEMERHATIAN.
Untuk pemperoleh informasi berkaitan konsep dan takrifan pula sesuai digunakan KAEDAH RUJUKAN yang melibatkan penggunaan bahan rujukan berikut:
- Buku Teks Geografi
- Kamus
- Media massa (akhbar, majalah dan lain-lain)
- Laman Internet
Sunday, April 24, 2016
Jadual Waktu
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
2016
19 Jun - 1 Julai 2016 Sejarah (Pelbagai Instrumen)
17 Julai - 29 Julai 2016 Geografi (Pelbagai Instrumen)
1 - 30 Ogos 2016 Ujian Lisan
UJIAN BERTULIS
10 Oktober 2016 BM / Matematik
11 Oktober 2016 English Language / Science
12 Oktober 2016 Kemahiran Hidup / Pendidikan Agama Islam
13 Oktober 2016 Bahasa Cina
Untuk maklumat lanjut sila rujuk: Lembaga Peperiksaan Malaysia (http://www.lp.moe.gov.my)
Saturday, April 2, 2016
Piuter (pewter)
Pewter is a malleable metal alloy, traditionally 85–99% tin (BIJIH TIMAH), with the remainder consisting of copper, antimony, bismuth and sometimes, less commonly today, lead. Silver is also sometimes used. Copper and antimony act as hardeners while lead is common in the lower grades of pewter, which have a bluish tint. It has a low melting point, around 170–230 °C (338–446 °F), depending on the exact mixture of metals.[1] The word pewter is probably a variation of the word spelter, a term for zinc alloys (originally a colloquial name for zinc)
- https://en.wikipedia.org/wiki/Pewter
Oil & Gas - Offshore Terengganu |
Pelantar Persisiran Pantai |
Pelantar Persisiran Pantai |
Kegunaan Pecahan Petroleum |
Subscribe to:
Posts (Atom)